BLOG PPDa SMKL

Monday, January 26, 2009

Ke arah sesuatu yang lebih baik (1)

Untuk semua warga pendidik SMK Laksamana,


Persekolahan untuk sesi 2009 telah 3 minggu berlalu, walaupun baru beberapa hari kita berada di sekolah, telah berbagai perkara dan cabaran telah ditempuhi, ada yang positif dan ada juga yang mencabar kita. Walau apa pun itu semua jangan dijadikan sebagai penyebab untuk tidak terus menghadapi hari-hari berikutnya dengan lebih positif dan mencapai sesuatu yang luar biasa.

Antara masalah yang telah dikesan tentang kecenderungan pelajar untuk melanggar beberapa peraturan sekolah contohnya ponteng, ponteng kelas, tidak mematuhi ketrampilan dari segi pakaian, melakukan kesalahan disiplin yang berat (seperti merokok) dan lain-lain lagi. Sudah semestinya kita sebagai pendidik perlu peka dan bijak menangani segala permasalahan pelajar tersebut.

Salah satu langkah segera yang memerlukan sokongan dan kerjasama semua warga pendidikan sekelian ialah untuk mengesan kehadiran pelajar di dalam kelas semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dilaksanakan. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru agar dapat merekodkan pelajar yang ponteng kelas. Walau pun langkah yang diambil ini mungkin sedikit membebankan tugas guru tetapi adalah diharapkan ianya akan dapat mengatasi banyak perkara dalam usaha kita untuk mengawal pergerakan pelajar.
Bersamalah kita bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

0 comments: