Mulai Januari 2009, semua sekolah di Daerah Kota Tinggi dikehendaki melanggan perkhidmatan SMSSekolah, tidak terkecuali warga SMK Laksamana khususnya para guru semua. Perkhidmatan ini dirasakan sebagai satu usaha untuk menambahbaikkan lagi saluran perhubungan di antara pihak KPM, JPN, PPD, Sekolah dengan semua guru dan ibubapa pelajar.
Sehingga tarikh hari ini, masih ada warga guru dan staf SMKL yang belum mengaktifkan lagi nombor telefon bimbit masing-masing supaya ianya aktif dan boleh menerima pesanan atau memo melalui sms dan dapat menggunakan kemudahan yang telah disediakan dalam modul SMSSekolah tersebut.
Adakah ini satu lagi perkara yang akan memenuhi harapan untuk bergerak ke arah sesuatu yang lebih baik? Atau ianya semakin menyusahkan? Atau merugikan (kredit dipotong RM1.00 semasa mengaktifkan HP) ?
Bagi sesiapa yang masih belum ada kesempatan sebelum ini, silalah aktifkan HP masing-masing seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini. Caranya : REG MOE No. KPT dan hantar ke 32020.
Semoga terus sukses untuk mencapai sesuatu yang lebih baik, positif dan luar biasa.